fbpx

Air tangan remaja cilik mampu ubah rezeki keluarga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN
DALIZA ARIFFIN, PENOLONG PENGARANG BERITA

Pertambahan jumlah penganggur sehingga sejuta orang ekoran Covid-19 sangat membimbangkan.

Daripada jumlah tersebut, sebanyak 500,000 adalah belia, manakala bakinya ialah graduan.

Ibu bapa yang memiliki anak remaja yang sedang menganggur pasti bimbang dan sedih memikirkan nasib mereka.

Bagi graduan pastinya persaingan untuk berebut peluang pekerjaan dengan mereka yang berpengalaman pastinya agak memeritkan.

Alasan Covid-19 dan pengangguran bagaimanapun tidak langsung memberi kesan kepada seorang remaja lepasan Sijil Pelajaran Malaysia dari Kepala Batas, Pulau Pinang yang ditemui penulis baru-baru ini.

Dia yang nekad berniaga dengan menghasilkan menu makanan ringan berupa kerepek pedas itu berjaya mengharungi cabaran berniaga dalam persekitaran ekonomi yang sukar.

Gadis cilik itu yakin keunikan produk home cook yang dimasak dengan jiwa yang ikhlas tanpa sebarang unsur kedekut telah membuatkan jualannya terus mencatat peningkatan.

Kemampuannya diuji kerana terpaksa bersaing de­ngan ramai lagi peniaga yang telah lama bertapak dalam bisnes home cook ini.

Namun sokongan daripada ibu dan ayahnya yang sudah bersara membolehkan usaha murni tersebut berjalan lancar dan dipermudahkan.

Produk makanan ringan itu berjaya dijual ke seluruh negeri khususnya di bahagian utara secara online dan gadis cilik ini mampu mencatat jualan hampir RM10,000 dalam tempoh tiga bulan.

Isiannya yang padat diisi di dalam balang dengan jualan sekitar hanya RM10 seunit, sememangnya tidak berbaloi dengan kos bahan mentah yang ditanggungnya.

Hasil duit jualan itu, remaja tersebut menyimpan cita-cita untuk menunaikan umrah selepas situasi wabak Covid-19 reda apabila pintu sempadan dan operasi perniagaan berhubung umrah dan haji bakal bermula nanti.

Lebih menarik, hasil jualan itu juga turut membo­lehkan dia menghadiahkan sejumlah wang kepada ibunya untuk membeli barangan kemas.

Kejayaan remaja dalam fasa awal perniagaannya ini memberi petunjuk bahawa tiada alasan bagi mereka di luar sana yang masih murung, berfikiran negatif dan malas berfikir untuk keluar daripada zon selesa.

Jangan jadikan Perintah Kawalan Pergerakan, pandemik Covid-19 dan faktor umur sebagai alasan utama untuk tidak bekerja kerana rezeki akan datang bergolek buat mereka yang rajin berusaha ditambah lagi dengan doa serta tawakal hamba kepada-Nya.

Pasti masih ramai lagi yang masih terjejas ekoran wabak bahaya tersebut dan masih tidak boleh ‘move on’ dengan trauma akibat diberhentikan kerja tetapi pasti ada jalan untuk keluar daripada kemelut tersebut.

Melalui sokongan dan bantuan kewangan daripada kerajaan, tiada pihak yang tidak terkecuali daripada menerima pelbagai dana yang ditawarkan sebelum ini, maka manfaatkanlah sebaik mungkin.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI