fbpx
Keadaan van yang dinaiki penjaga serta anak yatim Baitul Nurrawdhah yang terlibat dalam kemalangan.

5 individu dari rumah anak yatim cedera kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

RAWANG – Lima individu termasuk tiga kanak-kanak daripada rumah anak yatim dan asnaf, Baitul Nurrawdhah cedera selepas van yang dinaiki mereka melanggar belakang sebuah lori di Kilometer 445.9 di Lebuh Raya Utara- Selatan arah selatan berhampiran susur masuk Lebuh Raya Guthrie di sini petang tadi.

Dalam kejadian pukul 5.10 petang itu, van yang dipandu seorang lelaki dipercayai terlanggar belakang lori yang sedang bergerak.

Difahamkan, van yang dinaiki kira-kira 18 individu termasuk empat orang dewasa itu dari Ipoh, Perak dan singgah di Rawang untuk mandi.

Mereka dikatakan dalam perjalanan ke rumah anak yatim dan asnaf Baitul Nurrawdhah di Setiawangsa.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Rawang, Penolong Penguasa Bomba, Zaidi Ahtan berkata, pihaknya terima panggilan kecemasan pada pukul 5.18 petang sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba, kita dapati lima individu cedera pada tangan, kaki dan dagu akibat pelanggaran tersebut.

“Bantuan kecemasan awal diberikan sebelum kesemua mereka dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan lanjut,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Tambahnya, 13 individu serta van tersebut dibawa ke balai bomba sementara menunggu penjaga rumah yatim itu membawa kenderaan lain untuk mengambil mereka. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN