fbpx
ABDUL AZIZ

Kematian Abdul Aziz konsisten dengan situasi tempat kejadian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Markas Tentera Darat Malaysia (MTDM) mengesahkan kematian anggotanya Abdul Aziz Aznam yang dipercayai terjun dari tingkat tiga sebuah bangunan di kem Majidee, Batu Pahat, Johor konsisten dengan situasi tempat kejadian.

MTDM dalam satu kenyataan berkata, hasil bedah siasat doktor pakar dari Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru mendapati tiada kecederaan fizikal lain pada badan mangsa yang boleh dikaitkan dengan unsur jenayah dan penderaan.

“Pengesahan itu dibuat susulan laporan bedah siasat dibuat pukul 11.40 pagi semalam dan pakar forensik serta polis yang melawat lokasi kejadian hari yang sama pukul 4.30 petang.

Katanya, pihak MTDM sentiasa terbuka dan akan terus memberikan kerjasama serta bantuan kepada pihak polis dalam membantu siasatan.

“MTDM menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa dalam melaksanakan siasatan dan kita akan memberi kerjasama penuh kepada polis dalam melancarkan siasatan tersebut.

“Kita juga tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pegawai dan anggota sekiranya terlibat dengan sebarang perlakuan yang menyalahi undang-undang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kosmo! Online semalam melaporkan, pada 29 Ogos lalu, Abdul Aziz, 20, mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala dan badan selepas dipercayai jatuh dari tingkat tiga bangunan kediaman di sebuah kem di Batu Pahat.

Mangsa yang sebelum itu dirawat di Wad Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nora Ismail di Batu Pahat bagaimanapun menghembus nafas terakhir pada pukul 2.30 petang kelmarin.

Abangnya, Mohamad Amirul Naim, 22, mendakwa adiknya mengadu sering menjadi mangsa buli dan ragging ketika berada di kem tentera itu.

Mangsa juga pernah mengadu kepada keluarga bahawa dia pernah ditumbuk dan mukanya digosok dengan berus besi. – K! ONLINE.

POPULAR