fbpx

Polis berkas dua suspek Macau Scam perdaya pesara RM3.83 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Polis menahan dua lelaki yang terlibat dalam kegiatan Macau Scam membabitkan kerugian bernilai RM3.83 juta dalam satu serbuan di sebuah restoran di Shah Alam, Selangor.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd. Faisal berkata, bertindak atas maklumat dan risikan sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya menahan dua suspek tempatan berusia 36 dan 43 tahun itu pada Selasa lalu.

“Tangkapan dibuat susulan pihak polis menerima laporan daripada seorang wanita berusia 90 tahun yang kerugian RM3.83 juta pada awal Julai lalu.

“Dalam serbuan itu, kita merampas tiga buah telefon bimbit yang dipercayai digunakan suspek bagi kegiatan Macau Scam,” katanya.

Tambah Nik Ezanee, suspek direman bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI