fbpx

Maya Karin mahu pesalah alam sekitar didenda RM10 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MAYA KARIN

KUALA LUMPUR – Pelakon terkenal, Maya Karin menyambut baik keputusan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari yang ingin menaikkan kadar denda kepada mana-mana pihak yang mencemarkan sumber air di negeri tersebut.

Pemilik nama Maya Karin Roelcke, 41, itu berkata, kenaikan jumlah denda itu adalah wajar kerana mereka sudah merosakkan sumber alam ­semula jadi.

“Saya sangat bersetuju apabila cadangan kenaikan denda itu diutarakan. Kalau boleh saya nak usulkan ia dinaikkan kepada RM10 juta.

“Tindakan itu perlu bagi memberi pengajaran kepada pihak yang tidak bertanggungjawab kerana tindakan mereka telah menyusahkan rakyat di negara ini khususnya yang terbaharu di Lembah Klang,” katanya kepada Kosmo! semalam.

Pelakon Pontianak Harum Sundal Malam itu juga mempersoalkan tahap penguatkuasaan Kerajaan Persekutuaan dan negeri mengenai isu pencemaran sungai di negara ini.

Katanya, isu pencemaran yang berlaku di Rawang itu bukan kes pertama terjadi dan mengakibatkan ratusan ribu penduduk terputus bekalan air.

“Jujur saya kecewa dengan longgarnya tindakan penguatkuasaan di Malaysia kerana itu membuktikan isu pencemaran alam sekitar masih dipandang enteng oleh sesetengah pihak.

“Justeru, saya harap semua pihak sedar tentang kepen­tingan alam sekitar dan memandang berat isu tersebut sebelum perkara lebih teruk berlaku selepas ini,” ujarnya.

Dalam pada itu, Maya turut menempelak tindakan segelintir rakyat Malaysia yang ‘bi­sing’ dalam media sosial kerana terputus bekalan air.

Tambah Maya, semua pihak perlu memahami mengapa bekalan air terpaksa dihentikan sebelum membuat tuduhan kepada mana-mana pihak.

“Air itu telah tercemar, takkanlah kerajaan negeri hendak salurkan air kotor kepada rakyat di Lembah Klang. Kalau sakit, siapa yang susah?

“Kalau boleh, janganlah hendak mengamuk tidak tentu pasal. Bukalah mata dan henti rosakkan sumber alam semula jadi yang Tuhan telah berikan itu,” tambahnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI