KUALA LUMPUR – Bank Islam Malaysia Bhd. (Bank Islam) menyasarkan pertambahan jumlah pembiayaan bernilai RM1 bilion dalam tempoh 12 bulan akan datang hasil kerjasama dengan enam pertubuhan profesional kesihatan.
Pertubuhan berkenaan adalah Persatuan Perubatan Malaysia, Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia, Persatuan Farmasi Malaysia, Persatuan Optometrist Malaysia, Persatuan Pengamal Pergigian Swasta dan Persatuan Veterinari Malaysia.
Menerusi kerjasama tersebut, Bank Islam menawarkan produk penyelesaian kewangan lengkap kepada kira-kira 25,000 ahli persatuan terlibat, antaranya produk pembiayaan peribadi-i sehingga RM300,000 dengan tempoh pembiayaan sehingga 10 tahun pada kadar kompetitif.
Turut ditawarkan adalah produk perbankan perusahaan kecil dan sederhana, pembiayaan semula hartanah terutamanya rumah kedai dan penyelesaian pengurusan tunai.
Ketua Pegawai Eksekutif Bank Islam, Mohd. Muazzam Mohamed berkata, pihaknya kini mempunyai kira-kira 7,500 pelanggan daripada golongan profesional kesihatan dan melalui kerjasama itu, pihaknya berharap jumlah tersebut akan meningkat kepada 12,0000 pelanggan.
“Dua portfolio pelanggan runcit terbesar kami buat masa ini ialah kakitangan kerajaan dan pekerja syarikat berkaitan kerajaan (GLC).
“Kami turut melihat untuk mengadakan kerjasama dengan pertubuhan profesional lain, termasuk akauntan, jurutera dan arkitek,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) yang diadakan di sini semalam.
Bank Islam sasar pertambahan jumlah pembiayaan bernilai RM1 bilion
- Oleh MUHAMMAD IKHWAN IDERIS
- 7 September 2020, 9:35 pm
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TERKINI
BERITA BERKAITAN

Pembiayaan bank jamin kemampanan sektor petroleum negara
1 November 2026, 12:26 pm

MoU Salam Shah Alam, Mahsa perkukuh kerjasama
30 Oktober 2026, 6:21 pm

Jerebu tidak halang 8,000 wanita sertai larian KLWRF
30 Oktober 2026, 11:00 am

750 jawatan pegawai perubatan tetap khas Sabah, Sarawak dibuka
29 Oktober 2026, 5:12 pm

691 guru perlukan intervensi psikologi
29 Oktober 2026, 11:51 am

Berakhirnya sistem doktor kontrak
29 Oktober 2026, 8:45 am

Hospital Kemaman siap tahun depan
27 Oktober 2026, 4:22 pm

Kerjasama awam swasta di Beitou tawar pakej menarik kepada pengembara perubatan
27 Oktober 2026, 12:46 pm








