fbpx

9 beranak tinggal dalam rumah usang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHD. SYAHBUDDIN (kiri) melawat keluarga Mohd. Azime Mohamed di kediaman mereka di Kampung Chiku 1, Gua Musang.

Oleh AIMUNI TUAN LAH

GUA MUSANG – Sembilan beranak di Kampung Chiku 1 di sini terpaksa tinggal bersesak di dalam sebuah rumah usang yang daif sejak tiga tahun lalu selepas tidak mampu untuk menyewa rumah yang sempurna.

Mohd. Azime Mohamed, 43, bersama isteri, Roslina Mohd. Noor, 40, hidup dalam rumah itu bersama tujuh anak hidup berusia antara tiga hingga 20 tahun.

Mohd. Azime yang berkata, selain itu, empat anaknya mengalami penyakit jantung berlubang, penyakit kulit dan Orang Kelainan Upaya (OKU) memerlukan perbelanjaan tinggi untuk kos rawatan mereka di hospital.

Katanya, situasi itu menyebabkan ada kalanya mereka terpaksa mengikat perut dan tidak dapat membeli makanan kerana kekurangan wang.

“Saya menumpang di rumah usang itu kerana bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah syarikat perlombongan dengan pendapatan bersih RM1,000 sebulan.

“Pendapatan saya itu hanya sekadar cukup untuk belanja persekolahan empat anak,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Chiku 1 di sini baru-baru ini.

Sebelum itu, keluarga Mohd. Azime menerima kunjungan Pengerusi Persatuan Kebajikan Asnaf Gua Musang (Peka GM), Mohd. Syahbuddin Hashim.

Katanya, dia berasal dari Bachok dan terpaksa berhijrah ke Gua Musang sejak 12 tahun lalu untuk mencari peluang pekerjaan.

“Sepanjang tahun itu, kami sekeluarga terpaksa berpindah-randah sebelum mendapat pekerjaan di syarikat itu pada tahun 2015.

“Kami sekeluarga tidak mempunyai tempat tinggal lain dan terpaksa tinggal di rumah yang berdinding kayu reput dan beratap bocor,” katanya.

Sementara itu, Mohd. Syahbuddin berkata, pihaknya akan membantu menyelesaikan masalah tempat tinggal yang dihadapi keluarga terbabit.

Mohd. Azime berkata dia telah meninjau keadaan rumah terbabit dan telah menyerahkan bantuan kewangan dan bekalan makanan.

Orang ramai yang ingin membantu keluarga Mohd. Azime boleh menghubunginya di talian 017-978 4571. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI