fbpx

Lelaki kunyah lidah biawak hidup dikecam lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar klip video menunjukkan seorang lelaki makan seekor ulat bulu ketika haiwan itu masih hidup tular di Facebook Animal Malaysia.

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki yang sebelum ini dikecam netizen kerana perbuatannya menggigit lidah seekor biawak masih hidup dikesan mengulangi lagi perbuatan kejam itu dengan memuat naik satu video mengunyah ulat bulu hidup-hidup.

Klip video berdurasi 56 saat yang dimuat naik di laman Facebook Persatuan Haiwan Malaysia (Animal Malaysia) itu mendapat lebih 9,600 tontonan dan dikongsi sebanyak 102 kali sejak pukul 2 petang tadi.

Animal Malaysia menerusi satu kenyataan di laman Facebook menyelar perbuatan lelaki itu dan menyifatkan ia sebagai melanggar prinsip moral masyarakat Malaysia.

“Amalan memakan haiwan yang masih hidup bukanlah budaya di negara ini dan perbuatan itu melanggar prinsip moral masyarakat Malaysia.

“Secara tidak sedar juga, perlakuan mengunyah haiwan liar tanpa lesen memburu dan memakan haiwan liar begini apatah lagi kunyah hidup-hidup tanpa penyembelihan atau pembunuhan secara betul merupakan perlakuan bertentangan Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010,” katanya.

Jelas kenyataan itu, mana-mana pelaku yang menunjukkan aksi bertentangan begini, jika cukup maklumat keberadaan pelaku, dia bakal berdepan tindakan mengikut peruntukan undang-undang yang ada.

“Perlakuan ini dikesan di Sungai Petani, Kedah dan maklumat mengenai kejadian serta alamat lengkap pelaku telah dipanjangkan kepada Jabatan Perhilitan Negeri Kedah untuk didikan terhadap pelaku,” tegasnya.

Sementara itu, pemilik akaun Facebook bernama Ara Sarah mempersoalkan mengapa individu berkenaan masih dibiarkan bebas.

“Bukan ke dia yang makan lidah biawak tempoh hari? Kenapa masih dibiarkan bebas, lepas ini entah apa lagi yang dia makan. Tolonglah ambil tindakan segera!,” katanya.

Seorang lagi pengguna, Nava Bai, menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan segera ke atas lelaki berkenaan agar dapat menjadi pengajaran kepada semua.

“Tidak cukup didikan sahaja, harus disaman juga barulah dapat pengajaran untuk semua,” ujarnya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI