fbpx

Hoe Yean bakal ‘mangsa’ peraturan baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HOE YEAN bakal berdepan nasib kurang baik jika peraturan Jawatankuasa Tertinggi Sukma menetapkan pemenang pingat pada Sukan SEA hanya boleh mengambil bahagian dalam dua acara individu pada Sukma.

PERSEKUTUAN Renang Malaysia (Renang Malaysia) bimbang sekiranya gagal mencari pelapis-pelapis baharu berdasarkan peraturan ditetapkan Jawatankuasa Tertinggi Sukan Malaysia (Sukma) pada Sukma Johor dari 6 hingga 14 Mac tahun depan.

Setiausaha Renang Malaysia, Mae Chan berkata, peraturan itu hanya membenarkan pemenang pingat Sukan SEA mengambil bahagian dalam dua acara individu dan dua kategori berganti-ganti pada Sukma Johor.

“Peraturan ini akan menyukarkan kami mengenal pasti atlet-atlet berpotensi untuk mewakili negara pada Sukan SEA. Negeri-negeri juga mahu menghantar atlet terbaik (ke Sukma Johor).

“Kami di peringkat kebangsaan tersepit kerana ia bukan sesuatu dalam kemampuan saya atau jurulatih dapat mengubahnya. Jadi kami berharap ada seseorang melihat perkara ini demi kepentingan pasukan kebangsaan,” katanya.

Beliau berkata sedemikian selepas menghadiri mesyuarat kriteria pemilihan Sukan SEA 2021 bersama Majlis Olimpik Malaysia (MOM) di Wisma MOM, Kuala Lumpur kelmarin.

Perenang muda Kuala Lumpur, Khiew Hoe Yean antara yang dilihat bakal berdepan nasib malang tidak dapat mengambil bahagian lebih daripada tiga acara individu berdasarkan pencapaiannya pada Sukan SEA 2019 di Manila, Filipina.

Ia disebabkan kejayaan Hoe Yean, 18, memenangi pingat gangsa acara 200 meter (m) kuak lentang di Filipina tahun lepas sekali gus menjadikan dia sebagai antara perenang pilihan untuk menguasai kolam renang Sukma Johor.

Pemenang lapan pingat emas acara individu Kejohanan Renang Remaja Kebangsaan itu juga bakal menjadi pertaruhan baharu Renang Malaysia pada Sukan SEA 2021 di Hanoi, Vietnam dari 21 November hingga 2 Disember tahun depan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI