fbpx

Penduduk sengsara tiada bekalan air  

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penduduk Kampung Sijangkang Dalam Batu 9, Yusni Bolkim (kanan) dan jirannya, Jarinah Misbah menunjukkan isyarat air tiada di rumah Yusni di sini semalam.

Oleh ABDUL RAZAK IDRIS

KUALA LANGAT – Gangguan bekalan air bermula semalam menjejaskan rutin harian penduduk di Kampung Sijangkang Dalam Batu 9 di sini.

Tinjauan Kosmo! di kampung tersebut hari ini malah mendapati beberapa perniagaan di situ terpaksa ditutup akibat ketiadaan air bersih.

Seorang penduduk Yusni Bolkim, 55, berkata, terdapat hampir 20,000 penduduk di kampung tersebut yang terjejas dengan insiden tersebut.

“Malam tadi saya cuba tadah air dan terkejut apabila mendapati air kotor, berlumpur dan berbau.

“Masuk hari ini sudah dua hari bekalan air bersih tiada di kampung ini selain kelewatan pihak tertentu dalam menyalurkan air bersih kepada kami.

“Penduduk mahu tangki air dibina di sini sebagai langkah alternatif. Harap kerajaan negeri mempertimbangkan pembinaannya,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.

Sementara itu ibu tunggal yang mengusahakan warung kopi, Rosilah Kassim,53, berkata, dia terpaksa mencari bekalan air di tempat lain bagi meneruskan perniagaan.

“Ada kedai atau warung makanan tidak dapat beroperasi. Saya bukan orang senang dan berharap masalah gangguan bekalan air diselesaikan segera,” katanya.

Pandangannya dikongsi suri rumah, Jarinah Misbah,53, yang mahu tindakan tegas dikenakan terhadap pihak yang bertanggungjawab melakukan pencemaran.

“Saya difahamkan masalah ini berlaku daripada kilang yang sama menyebabkan gangguan bekalan air semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini. Jadi, wajar dikenakan hukuman lagi berat,” katanya. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI