fbpx

Sunway Lost World of Tambun bawa tetamu OKU berlibur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian dariapda 32 ahli-ahli PPOCP kelihatan ceria semasa dibawa berlibur ke taman teman SLWOT di Ipoh hari ini.

Oleh ZAKI SALLEH

IPOH – Taman tema terkenal, Sunway Lost World Of Tambun (SLWOT) di sini menggembirakan 32 ahli Persatuan Pemulihan Orang Cacat Perak (PPOCP) apabila membawa mereka beriadah ke lokasi tarikan pengunjung itu hari ini.

PPOCP merupakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang ditubuhkan pada tahun 1982 bagi membantu golongan kurang upaya.

Pengurus Besar SLWOT, Nurul Nuzairi Mohd. Azahari berkata, pihaknya memberikan pas masuk percuma kepada mereka untuk datang berlibur.

Menurut beliau, kunjungan ini juga salah satu daripada program tanggungjawab sosial korporat SLWOT.

“Kita membawa mereka ke Taman Zoo di sini dan berpeluang memberi haiwan-haiwan makan dengan diawasi oleh petugas-petugas.

“Selain itu mereka turut dibawa melawat ke tempat-tempat menarik di taman tema ini kecuali permainan air atas faktor keselamatan,” ujarnya.

Kunjungan tetamu istimewa ini merupakan inisiatif taman tema itu sempena meraikan sambutan bulan kemerdekaan.- K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI