fbpx

KFA yakin lengkapkan dokumen lesen kelab

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FIRDAUS mendedahkan permohonan pelesenan kelab pasukan Kedah sudah mencapai tahap 91 peratus.

PERSATUAN Bola Sepak Kedah (KFA) percaya Kedah akan dapat menyerahkan dokumen awal permohonan pelesenan kelab sebelum tarikh akhir yang dilanjutkan pada 15 September ini.

Setiausaha Kehormat KFA, Mohd. Firdaus Ahmad berkata, setakat ini, KFA telah melengkapkan lima dokumen dalam proses permohonan lesen kelab sebelum 31 Ogos lalu.

Kata beliau, lima dokumen tersebut adalah pentadbiran, infrastruktur, kesukanan, perundangan dan perniagaan.

“Pihak pengurusan KFA kini dalam fasa menyiapkan dokumen kewangan yang akan berakhir pada 15 September ini.

“Keseluruhan kemajuan (permohonan pelesenan kelab) kita adalah 91 peratus,” katanya di Alor Setar semalam.

Menurut Mohd. Firdaus, beliau masih percaya semua pasukan akan melengkapkan proses penyerahan dokumen mengikut masa yang ditetapkan.

Dalam pada itu, Mohd. Firdaus memberitahu, KFA sedang berusaha untuk menyelesaikan hutang persatuan berkenaan.

“(Presiden KFA) Muhammad Sanusi Md. Nor dan saya sedang berhempas pulas menyelesaikan bebanan hutang yang ditinggalkan oleh pentadbiran KFA yang lalu,” katanya.

Akhbar sebelum ini melaporkan Setiausaha Agong Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Stuart Ramalingam berkata, dokumen berkaitan kewangan diberikan lanjutan masa sehingga 15 September ini.

Sementara itu, lima dokumen lain berkaitan kesukanan, infrastruktur, pentadbiran,  perundangan dan perniagaan perlu diserahkan pada 31 Ogos. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI