fbpx

Vgrip bantu tingkat kesihatan wanita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AMIRUDDIN menunjukkan produk Vgrip yang kini turut diedarkan di Indonesia, Brunei, Singapura dan Kemboja

KUALA LUMPUR – Menyedari kepentingan menambah baik kualiti gaya hidup wanita terutama daripada aspek kesihatan dalaman, Vgrip Resources tampil dengan satu produk khusus buat kumpulan sasaran.

Pengarah Pemasarannya, Mohd. Amiruddin Mohd. Isa berkata, visi dan misi syarikat sejak ditubuhkan sedekad lalu memfokuskan kepada kesihatan wanita tanpa mengira lapisan umur.

Menurut beliau, rentetan daripada permintaan tinggi terhadap produk khas kesihatan dalaman wanita khususnya penjagaan intim, syarikat tampil dengan serum Vgrip sejak 2015 .

“Kami menetapkan piawaian standard yang tinggi dalam menghasilkan formulasi produk selain menggunakan ekstrak herba berkualiti tinggi yang pastinya memberikan ha sil memuaskan pengguna,” katanya kepada Kosmo! di sini baru-baru ini.

Tambah Amiruddin, serum Vgrip diproses di kilang bertaraf Amalan Pengurusan Baik (GMP) selain mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan.

Beliau menjelaskan, produk yang telah menjalani kajian dan pembangunan selama hampir lima tahun itu sesuai diamalkan pada bila-bila masa terutama pada waktu malam dan sebelum tidur.

“Vgrip boleh didapati seca ra online melalui stokis dan pengedar di seluruh negara pada harga promosi RM99 sehingga hujung tahun berban ding harga asal RM150 seunit.

“Ia telah mencatat jualan lebih daripada 50,000 unit sejak diperkenalkan dan kami menjangkakan nilai jualan akan bertambah dua kali ganda menjelang akhir tahun hadapan,” ujarnya.

Bagi yang berminat untuk menjadi pengedar dan membeli produk boleh menghubungi talian 01115272387 atau menerusi Instagram @vgripresources. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI