fbpx

Inspektor mengaku tidak bersalah pecah amanah lebih RM190,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tertuduh, Sahrol Zaman Mohd Adom dibawa ke Mahkamah Sesyen Ipoh hari ini atas pertuduhan pecah amanah wang tunai lebih RM190,000.

IPOH – Seorang pegawai polis berpangkat Inspektor sekali lagi dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan pecah amanah melibatkan wang tunai RM190,721 enam tahun lalu.

Tertuduh, Sahrol Zaman Mohd. Adom, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Mohd. Fauzi Mohd. Nasir.

Mengikut pertuduhan, Sahrol Zaman didakwa melakukan pecah amanah berkaitan harta rampasan berupa wang tunai RM190,721 di pejabat stor barang kes, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh di sini pada 11 April 2014.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara tidak kurang dua tahun dan tidak lebih 20 tahun dan sebat dan denda jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Farhana Hashim manakala tertuduh diwakili peguam bela, Muhamad Aizat Fakri.

Nur Farhana mencadangkan mahkamah mengenakan ikat jamin sebanyak RM20,000 terhadap tertuduh.

Bagaimanapun Muhamad Aizat memohon mahkamah membenarkan jaminan yang rendah dengan alasan tertuduh masih menyara isteri dan sepasang anak kembar berusia 12 tahun.

Mohd. Fauzi kemudian menetapkan wang jaminan RM8,000 terhadap tertuduh dengan syarat tambahan dia perlu melaporkan diri pada setiap 1 hari bulan di balai polis berhampiran.

Mahkamah menetapkan 25 September depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Pada 27 Feb lalu, tertuduh turut mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM6,000 enam tahun lalu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI