fbpx

Seorang lelaki mabuk ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek ditahan selepas pemeriksaan mendapati kandungan alkohol dalam badan melepasi had yang dibenarkan.

Oleh AFIFI HAFIZ MOHD NOR

NILAI – Seorang lelaki mabuk yang memandu sebuah kereta Perodua Myvi ditahan polis malam semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd. Nor Marzukee Besar, suspek ditahan semasa anggota polis sedang menjalankan Op Mabuk kira-kira pukul 11 malam.

Kata Mohd. Nor Marzukee, pihaknya telah menahan dan memeriksa sebuah kereta kerana disyaki dipandu di bawah pengaruh alkohol.

“Ujian awal pernafasan dibuat ke atas suspek dan mendapati terdapat kandungan alkohol yang tinggi di dalam badan.

“Suspek kemudiannya dibawa ke Balai Trafik Nilai untuk menjalani ujian pernafasan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, hasil ujian pernafasan itu mendapati kandungan alkohol dalam darah telah melebihi had yang dibenarkan.

“Suspek ditahan dan diserahkan kepada pegawai penyiasat untuk tindakan lanjut.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 45 A (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” tambahnya.

Jelasnya, operasi di Jalan Persiaran Utama di sini disertai satu pegawai dan empat anggota yang berakhir pukul 3 pagi. K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI