fbpx

Konvoi Vespa suntik semangat merdeka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian daripada 100 buat motosikal Vespa yang menyertai konvoi Merdeka Vespa Ride 2020 bagi meraikan sambutan kemerdekaan negara yang ke-63 di taman teman Sunway Lost World of Tambun (SLWOT) semalam.

Oleh ZAKI SALLEH

IPOH – Seramai 100 penunggang motosikal jenis Vespa menunjukkan rasa cinta mereka kepada tanah air apabila menyertai konvoi Merdeka Vespa Ride 2020 bagi meraikan sambutan Hari Kebangsaan ke-63 di taman tema Sunway Lost World of Tambun (SLWOT) semalam.

Mereka yang terdiri daripada pencinta dan penggemar motosikal Vespa dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menunju ke Pulau Pinang yang singgah di taman tema tersebut.

Konvoi kemerdekaan ini dianjurkan bersempena pelancaran model baharu Vespa Sei Giorni II Edition.

Terdahulu, ketibaan konvoi disambut oleh Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Komunikasi dan Multimedia negeri, Khairul Shahril Mohamed.

Menurut Khairul, konvoi Merdeka Vespa Ride 2020 mengimbau nostalgia yang mana Vespa merupakan kenderaan popular khususnya dalam kalangan anak-anak muda pada tahun 60-an.

“Vespa mengembalikan memori kita pada zaman dahulu semasa kenderaan ini menguasai jalan raya

“Penganjuran konvoi Vespa ini pula secara tidak langsung menyuntik semangat patriostism serta rasa cintakan negara,” ujarnya.

Khairul kemudian melepaskan para peserta untuk meneruskan perjalanan ke bandar Ipoh dan turut sama menyertai mereka dengan menunggang Vespa bersama Pengurus Besar SLOWT, Nurul Nuzairi Mohd. Azahari.

Sementara itu Nurul Nuzairi berkata, bagi meraikan bulan kebangsaan ini, taman tema itu menawarkan pas tanpa had tahunan serendah 80 sen sehari untuk kepada warga Perak yang boleh dibeli di kaunter masuk.

“Selain itu, kita juga menawarkan pakej beli dua percuma satu kepada semua pengunjung sehingga 4 September ini yang boleh dibeli secara online menerusi laman web SLWOT,” ujarnya. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI