fbpx
SEBAHAGIAN penduduk yang menyertai Konvoi Merdeka Kelab Rukun D’Mawar Residensi ke pusat rekreasi Lubuk Manggis, Hulu Langat baru-baru ini.

50 penduduk KRT D’ Mawar Residensi sertai konvoi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ERAT SILATURAHIM. Kira-kira 50 penduduk menyertai Konvoi Merdeka Kelab Rukun Tetangga (KRT) D’Mawar Residensi ke pusat rekreasi Lubuk Manggis, Hulu Langat baru-baru ini.

Kesemua peserta konvoi diketuai Pengerusi KRT D’ Mawar Residensi, Mazlan Jemili itu memulakan perjalanan pada pukul 7 pagi melibatkan sebanyak 16 buah kereta.

Program tersebut bertujuan memupuk semangat kemerdekaan dan cintakan tanah air di hati semua peserta dan penduduk di samping merapatkan ukhwah.

Destinasi Lubuk Manggis dipilih kerana kawasannya memiliki keindahan alam semula jadi yang menarik selain terdapat pelbagai lokasi tumpuan untuk dikunjungi peserta konvoi.