fbpx

Riske sasar separuh akhir Terbuka AS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RISKE mahu turun mempamerkan aksi agresif pada Terbuka AS kali ini. - AFP

NEW YORK – Bintang tenis Amerika Syarikat (AS), Alison Riske mengakui dia akan menggunakan gaya permainan agresif menjelang Terbuka AS yang akan membuka tirai secara rasmi pada Selasa ini.

Pemain berusia 30 tahun tersebut tampil cemerlang musim lalu di Wimbledon apabila dia bukan sahaja menewaskan pemain ranking No.1 dunia, Ashlegh Barty malah dia juga menewaskan pemain pilihan, Donna Vekic dan Belinda Bencic.

Hasil rekod terbaik itu, Riske yang menduduki ranking No.19 dunia ketika ini meletakkan harapan besar untuk mara ke pentas separuh akhir.

Pada pusingan pertama nanti, Riske dijangka tidak berdepan tugas berat apabila berdepan pemain No.93 dunia, Tatjana Maria dari Jerman.

“Saya gemar bermain secara agresif kerana ia bukan sahaja memberi tekanan kepada pemain lawan malah mampu meraih kemenangan lebih mudah dan pantas.

“Saya akui pusingan pertama nanti bukan tugas mudah kerana Maria seorang pemain yang tangkas dan saya perlu berhati-hati dengan segala kemungkinan.

“Terbuka AS bukan kejohanan yang mudah kerana rekod saya di sini tidak berapa baik kerana hanya mampu bertahan di pusingan kedua. Saya harap mampu pergi lebih jauh,” katanya.

Musim ini, saingan Terbuka AS sedikit hambar selepas beberapa bintang utama se­perti Bianca Andreescu, Barty, Elina Svitolina (No.5) dan Kiki Bertens (No.7) menarik diri.
– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI