fbpx

Pelajar dicabul pensyarah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Seorang pelajar wanita sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di ibu kota menjadi mangsa cabul seorang pensyarahnya sendiri.

Mangsa berusia 23 tahun itu telah membuat laporan kepada pihak pengurusan IPTA berkenaan pada 1 Julai lalu.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Zairulnizam Mohd Zainuddin @ Hilmi berkata, pihaknya menerima laporan polis pada 15 Julai lalu.

Menurut Zairulnizam, Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita, Penderaan dan Kanak-kanak, Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur telah menjalankan siasatan berhubung kes itu mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul kehormatan.

“Setelah siasatan selesai dijalankan pada 13/08/2020, kertas siasatan telah dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara.

“Selepas diteliti segala keterangan, pihak pendakwa raya memutuskan tiada pertuduhan terhadap suspek memandangkan pihak IPTA telah mengambil tindakan dalaman. Mangsa telah dimaklumkan mengenai perkara ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Jelasnya, pihaknya tidak sesekali menyembunyikan apa-apa kes dan telah menjalankan siasatan dalam tempoh yang ditetapkan.

“Polis akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu yang didapati melakukan kesalahan serta melanggar undang-undang.

“Mereka yang terlibat akan dikenakan tindakan mengikut peruntukan undang-undang yang telah ditetapkan,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI