fbpx

Mayat lelaki ditemui dalam longkang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan mayat mangsa yang ditemui dalam keadaan terlangkup oleh orang ramai di dalam longkang berhampiran Taman Vista Valley.

SEMENYIH – Mayat seorang lelaki ditemui dalam keadaan terlangkup di dalam longkang berhampiran Taman Vista Valley di sini semalam.

Mangsa yang berseluar pendek dengan keadaan badan dilitupi lumpur itu ditemui orang awam pada pukul 8.23 malam sebelum memaklumkan kepada pihak polis.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan berkata, siasatan awal pihaknya mendapati lelaki berusia 21 tahun itu telah terjatuh ke dalam longkang sedalam kira-kira enam meter itu.

Menurut beliau, siasatan lanjut mendapati, sebelum kejadian mangsa dikatakan sedang minum minuman keras dan mabuk.

“Pada masa sama, mangsa telah menerima panggilan telefon daripada seseorang sebelum memarahi pemanggil dan berlalu pergi dari kawasan dia mabuk.

“Mangsa dikatakan tidak pulang ke rumah sehinggalah mayatnya dijumpai dalam longkang tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut Mohd. Zaid berkata, pemeriksaan lanjut pada badan mangsa oleh unit forensik tidak dapat dipastikan punca kematiannya.

“Mayat kemudiannya dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat dan kes tersebut diklasifikasi sebagai kes mati mengejut (SDR).

“Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh berhubung dengan Ketua Polis Balai Semenyih di talian 03-87275222 atau mana-mana balai polis berdekatan,” ujarnya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI