fbpx

Malaysia Airlines lanjut kerjasama sebagai penerbangan rasmi FAM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
STUART (tiga dari kiri) dan Yin May (tiga dari kanan) memegang replika usaha sama FAM dan Malaysia Airlines sambil disaksikan oleh Hamidin (empat dari kiri) dan Izham (empat dari kanan) di Petaling Jaya semalam.

PERSATUAN Bolasepak Malaysia (FAM) akan terus terbang bersama rakan penerbangan rasminya, Malaysia Airlines Berhad bagi tempoh tiga tahun lagi.

Syarikat penerbangan kebangsaan itu telah menandatangani perjanjian lanjutan usaha sama bagi tempoh 2021 hingga 2023 berikutan perjanjian selama dua tahun sebelum ini bakal berakhir pada 31 Disember 2020.

Majlis perjanjian usaha sama itu berlangsung antara Setia­usaha Agung FAM, Stuart Ramalingam serta Ketua Pegawai Pemasaran dan Pengalaman Pelanggan Kumpulan, Malaysia Airlines Berhad, Lau Yin May di Petaling Jaya semalam.

Ia disaksikan bersama Presi­den FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malaysia Aviation Group merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines Berhad, Kapten Izham ­Ismail.

Hamidin berkata, kerjasama antara FAM dan Malaysia Airlines cukup simbolik kerana ke­dua-duanya merupakan jenama kebangsaan yang begitu sinonim dengan nama negara iaitu ­Malaysia.

Sementara itu, Izham pula berkata, pihaknya teruja untuk memulakan babak seterusnya dalam kerjasama antara skuad bola sepak negara dengan syarikat penerbangan kebangsaan.

“Sejajar dengan Hari Kebangsaan yang akan tiba, ini adalah masa terbaik untuk Malaysia Airlines dan FAM bergabung usaha dan terbang bersama membawa bendera Malaysia ke seluruh ­dunia,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI