fbpx

Lelaki melecur di sambar api ketika mengisi minyak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kereta mangsa yang turut disambar api dalam kejadian di sebuah stesen minyak di Seri Kembangan semalam.

KUALA LUMPUR – Padah mengisi minyak ketika enjin dihidupkan, seorang lelaki melecur pada tangan dan kaki selepas di sambar api dalam satu kejadian di sebuah stesen minyak di Seri Kembangan semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8 malam itu, kereta milik mangsa, Gan Shuh Long, 31, turut terbakar pada beberapa bahagian.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Hafisham Mohd. Noor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 8.11 malam.

Katanya, sepasukan anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Serdang bergegas ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi kejadian, anggota mendapati sebuah kereta jenis Audi telah terbakar berhampiran sebuah pam petrol di stesen minyak berkenaan.

“Kebakaran melibatkan 10 peratus pada pintu sebelah kanan belakang kereta terbabit serta 30 peratus pada permukaan pam minyak,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Hafisham, terdapat seorang mangsa iaitu pemandu kereta telah melecur pada bahagian tangan dan kaki.

Bagaimanapun katanya, mangsa telah di hantar ke Hospital Serdang untuk rawatan lanjut.

Mengulas lanjut, beliau berkata, siasatan awal pihaknya mendapati kejadian itu berlaku akibat kecuaian mangsa yang tidak mematikan enjin kereta ketika mengisi minyak di pam petrol. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI