fbpx

KPDNHEP rampas pelbagai barangan tiruan bernilai lebih RM2juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota penguat kuasa sedang memeriksa pakaian dalam semasa pemeriksaan di sebuah premis di Jalan Petaling kelmarin.

KUALA LUMPUR – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) telah menyita pelbagai barangan tiruan jenama terkenal bernilai lebih RM2,213,106.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP WPKL, Zubir Hamsa berkata, rampasan tersebut melibatkan 18 kes mengikut Akta Cap Dagangan 2019 sejak awal tahun sehingga semalam.

Terbaharu katanya, dalam serbuan di Jalan Petaling kelmarin, pihaknya berjaya merampas 56 unit barangan tiruan terdiri daripada topi dan pakaian bernilai lebih RM1,000.

“Rampasan itu dilakukan selepas anggota penguat kuasa memeriksa sebuah premis di Jalan Petaling dan menjumpai pelbagai barangan tiruan jenama Puma, Nike, Adidas, Vans, Louis Vuitton, Versace dan Lacoste.

“Pasukan serbuan telah menyita barangan tersebut sebelum dibawa ke ke Pejabat KPDNHEP WPKL untuk tindakan lanjut,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Jelas Zubir, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 102(1)(b) Akta Cap Dagangan 2019 iaitu menjual atau menawarkan atau mendedahkan bagi jualan barang-barang yang cap dagangan dipakai dengan salah merujuk kepada cap dagang berdaftar.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI