fbpx

Elak ayam melintas, kereta rempuh rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBUAH kereta Ford Focus sedan terbabas lalu merempuh sebuah rumah di bandar Verulam dekat Durban, Afrika Selatan. – TWITTER/ALIVEARRIVE

DURBAN, AFRIKA SELATAN – Seorang pemandu dilaporkan hilang kawalan kereta yang dipandunya lalu merempuh sebuah rumah di bandar Verulam dekat sini, selepas cuba mengelakkan satu objek di tengah-tengah jalan raya.

Portal Daily Mail melaporkan pemandu berumur 41 tahun itu memberitahu polis bahawa dia cuba mengelakkan daripada merempuh seorang kanak-kanak yang lari melintas jalan.

Bagaimanapun, dia kemudian menukar kenyataan dengan berkata, objek itu mungkin seekor anjing atau ayam.

Dia mengakui hilang kawalan kereta Ford Focus sedan berwarna putih lalu merempuh rumah tersebut.

Semasa kejadian, tiada sesiapa berada di dalam kediaman itu, lapor media portal News24.

Pemandu dan penumpang berumur 19 tahun cedera ringan dan diberi rawatan di lokasi kejadian sebelum dibawa ke hospital dengan menaiki ambulans.

Afrika Selatan mencatat kerugian ekonomi akibat kemalangan jalan raya bernilai kira-kira 164 bilion rand (RM41 bilion), menurut laporan keselamatan jalan raya Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) 2018. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI