fbpx

Sindiket pelacuran WeChat tumpas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pelacur warga asing yang ditahan dalam serbuan di sebuah kondominium di Shah Alam.

SHAH ALAM – Kegiatan sindiket pelacuran atas talian menggunakan aplikasi We Chat yang aktif dipercayai sejak sebulan lalu tumpas dalam serbuan di sebuah kondominium di sini, semalam.

Serbuan pukul 11.45 malam dilakukan sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) menahan 11 wanita warga asing dan seorang lelaki tempatan berusia 20 hingga 30-an.

Pegawai Turus D7 Selangor, Deputi Superintendan Zuhairee Mohamad Rashid berkata, berdasarkan siasatan awal mendapati setiap pelanggan dikenakan bayaran RM180 sehingga RM200 bagi setiap perkhidmatan persundalan tersebut.

Katanya, menerusi operasi tersebut didapati sebanyak lapan unit rumah di kondominium itu digunakan oleh sindiket tersebut.

“Kesemua wanita yang ditahan terdiri daripada 10 wanita warga Indonesia dan seorang lagi warga China.

“Turut dirampas adalah peralatan untuk tujuan khidmat seks seperti kondom dan minyak pelincir,” katanya di sini hari ini.

Tambah Zuhairee, hasil siasatan awal turut mendapati kegiatan haram itu telah beroperasi sejak sebulan lalu di kondominium tersebut.

Jelas beliau, kesemua suspek telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam untuk tindakan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan,” katanya. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI