fbpx

Perak II, Sarawak United berkongsi mata

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemain Perak II, Tarik Isic meraikan jaringan selepas menewaskan penjaga gol Sarawak United dalam aksi Liga Perdana di Stadium Majlis Perbandaran Manjung sebentar tadi.

Oleh SHAMSUL KAMAL AMARUDIN

LUMUT – Perak II masih terus buntu mencatat kemenangan sulung dalam aksi Liga Perdana musim ini apabila terikat 2-2 dengan Sarawak United di Stadium Majlis Perbandaran Manjung sebentar tadi.

Pasukan pelawat terlebih dahulu meledakkan gol menerusi sepakan percuma Millad Zanidpour Mansour seawal minit keenam.

Pasukan tuan rumah berjaya menyamakan kedudukan 11 minit kemudian apabila sepakan percuma Bruno Luiz Pires terkena kaki pertahanan lawan dan melantun ke arah Tarik Isic yang mudah merembat ke gawang Sarawak United.

Serangan balas pantas pada minit ke-38 pula membolehkan lorongan Muhammad Adib Abdul Raop mudah disempurnakan Bruno Luiz Pires sekali gus memberi peluang Perak II mendahului perlawanan.

Kegembiraan tuan rumah bagaimanapun tidak bertahan lama apabila Sarawak United berhasil menyamakan kedudukan menerusi tandukan Abdul Qayyum Mohamed Jabrullah Khan hasil sepakan percuma Veenod Subramaniam pada minit ke-50.

Muhammad Adib Abdul Raop berpeluang mencetak nama sebagai penjaring tuan rumah namun dua percubaannya pada minit ke-61 dan 67 gagal menemui sasaran.

Perak II cuba memberi suntikan baru di barisan serangan dengan memasukkan bekas penyerang skuad bawah 23 tahun kebangsaan, N. Thanabalan pada minit ke-75, namun tidak mampu menambah jaringan.

Sarawak United yang diketuai bekas penyerang kebangsaan, Mohd Amri Yahyah juga buntu menambah gol sehingga tamat perlawanan memaksa kedua-dua pasukan kekal berada di tangga bawah Liga Perdana. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI