fbpx

Mangsa maut dibawa turun dengan helikopter

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba melakukan operasi membawa turun mangsa menggunakan helikopter di Lata Medang, Kuala Kubu Bharu di sini hari ini.

HULU SELANGOR – Seorang lelaki maut selepas tergelincir sebelum terhentak batu dalam satu kejadian di kawasan air terjun Lata Medang di sini hari ini.

Mangsa, Abdullah Ammar Mohd. Sharimshah, 22, disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 10 pagi sebelum sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu dikerahkan ke lokasi.

“Pihak bomba mengambil masa pendakian selama dua jam dari tempat letak kenderaan ke lokasi air terjun.

“Operasi menurunkan mangsa masih dilakukan dan kita akan menggunakan helikopter untuk membawa mangsa turun,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI