fbpx

Dua Honda CRV di laman rumah terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba memadamkan kebakaran laman sebuah rumah di Taman Wangi, Ipoh yang menyebabkan dua kenderaan Honda CRV turut terbakar awal pagi tadi.

Oleh ZAKI SALLEH

IPOH – Penghuni sebuah rumah di Jalan Pari Baru 10, Taman Wangi di sini berdepan detik cemas apabila tempat letak kenderaan di laman kediaman itu terbakar awal pagi tadi.

Dalam kejadian pukul 4.30 pagi itu, laman rumah teres dua tingkat itu terbakar kira-kira 30 peratus.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh, Mahmud Azaddin Najamuddin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 4.45 pagi.

Katanya, sepasukan anggota bersama dua jentera dikerah ke tempat kejadian bagi memadam kebakaran.

“Dua kenderaan utiliti sukan jenis Honda CRV yang diletakkan di situ turut terbakar kira-kira 20 peratus.

“Bomba bertindak memadamkan api menggunakan dua aliran hos air daripada tangki jentera sehingga kebakaran dipadamkan. Operasi tamat sepenuhnya pada pukul 5.55 pagi ,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Bagaimanapun tiada mangsa yang mengalami sebarang kecederaan, punca kebakaran dan jumlah kerugian sedang disiasat.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI