fbpx

Rekod tanpa kalah Perak lebur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Oleh AZIZAN HASHIM

IPOH – Rekod tanpa kalah Perak dalam saingan Liga Super 2020 lebur apabila tumpas 0-1 di tangan Melaka United di Stadium Perak di sini sebentar tadi.

Muhammad Ferris Danial Mat Nasir muncul wira pelawat apabila menyumbat gol kemenangan pasukannya.

Anak buah Zainal Abidin Hassan itu memanfaatkan kealpaan benteng tuan rumah apabila mudah menewaskan penjaga gpl Perak, Mohamad Nasrullah Abdul Aziz di sebelah kanan. pada minit-51.

Anak buah Mehmet Durakovic hanya boleh menyalahkan diri kerana gagal memanfaatkan peluang diperolehi.

Walaupun Perak cuba bangkit selepas itu tetapi segala usaha mereka tidak berjaya.

Turun selepas berehat hampir empat bulan gara-gara Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kedua-dua pasukan tampak bergelut dengan persembahan masing terutama di babak pertama dan gagal menyudahkan peluang dicipta.

Skrip babak kedua tidak berubah dengan kedua-dua pasukan mempamer corak berbeza dan nasib nyata lebih menyebelahi pelawat apabila berjaya memecah kebuntuan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI