fbpx

Suspek pecah pusat tuisyen diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara barangan yang berjaya dirampas sewaktu suspek ditahan polis selepas disyaki memecah masuk ke sebuah pusat tuisyen di Kota Damansara semalam.

PETALING JAYA – Polis menahan seorang lelaki tempatan bagi membantu siasatan berhubung satu kejadian pecah pusat tuisyen di Kota Damansara di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd. Faisal berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian daripada pemilik pusat tuisyen, seorang wanita berusia 26 tahun pada pukul 10.59 pagi hari sama.

“Bertindak atas laporan dan maklumat risikan, pihak polis kemudiannya menahan seorang lelaki tempatan berusia 37 tahun di sebuah stor di Jalan Nuri, Kota Damansara kira-kira pukul 2 petang dan menemui beberapa barangan yang disyaki digunakan untuk memecah masuk pusat tuisyen tersebut.

“Suspek turut mengaku telah memecah masuk pusat tuisyen yang terletak di Jalan Teknologi, Kota Damansara itu dan semakan mendapati lelaki tersebut mempunyai enam rekod jenayah lampau melibatkan kes jenayah, dadah dan satu kes di bawah Akta Pertubuhan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelas Nik Ezanee, antara barangan yang dirampas sewaktu suspek ditahan adalah tujuh batang mata gerudi pelbagai saiz, penebuk dinding bersama pengecas, dua buah komputer riba, sebuah televisyen dan sebuah projektor.

“Suspek kini ditahan reman selama tujuh hari dan kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

“Siasatan lanjut masih dijalankan bagi melihat penglibatan suspek dalam kes jenayah khususnya di dalam kawasan pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya,” tegas beliau. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI