fbpx

Dilema anak ramai pakai pelitup muka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN
SITI KAMILAH MUSTAPHA, PENOLONG PENGARANG BERITA KOSMO!

 

Ketika sekolah dibuka semula pada 15 dan 22 Julai lalu selepas Perintah Kawalan Pergerakan, pelbagai perasaan berbelah bagi timbul dalam kalangan ibu bapa.

Ada ibu bapa yang seronok apabila anak-anak tidak lagi duduk terperuk di dalam rumah seharian dan ada juga yang risau keselamatan anak mereka takut-takut dijangkiti Covid-19.

Tidak kurang juga yang risau dengan belanja harian anak naik apabila perlu membekalkan pelitup muka baharu setiap hari untuk anak ke sekolah.

Rata-rata yang mempunyai anak lebih daripada tiga orang sudah tentu garu kepala kerana perlu membeli sekotak pelitup muka sekurang-kurangnya yang ketika itu berharga RM48 bagi 50 keping.

Jika dihitung, sekotak pelitup yang berkualiti dijual pada harga RM48 bagi 50 ke­ping hanya boleh dipakai untuk dua anak yang bersekolah sahaja.

Peningkatan perbelanjaan bagi pelitup muka memang membebankan apabila mempunyai anak yang ramai dan jika dihitung sekurang-kurangnya RM150 perlu dibelanja sebulan hanya untuk membeli keperluan itu untuk ke sekolah.

Jika untuk dipakai ke tempat lain perbelanjaan itu akan meningkat.

Seorang teman ada memberitahu, dia terpaksa membuat sendiri pelitup muka yang dijahit dengan fabrik bagi memudahkan ia dibasuh bagi menjimatkan kos.

Kelmarin Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan kanak-kanak ber­usia 12 tahun ke bawah dibenarkan untuk memakai pelin­dung muka ketika ke sekolah, tanpa perlu memakai pelitup muka pakai buang.

Kelonggaran itu diberikan selepas kerajaan memikirkan kos pembelian pelitup muka pakai buang yang membebankan keluarga yang miskin terutamanya yang mempunyai anak ramai.

Sudah tentu berita ini memberi banyak kelegaan kepada golongan ini apabila pelindung muka jauh lebih murah antara RM5 hingga RM10 sekeping yang boleh dibasuh dan digunakan berulang-kali.

Perlu diingat walaupun kelonggaran ini telah diberikan, faktor kebersihan tetap perlu diambil berat apabila ibu bapa perlu memastikan pelindung muka anak-anak itu mesti dibasuh tanpa gagal.

Jangan pula apabila ada kelonggaran begini, pelindung wajah itu dipakai ke sekolah dalam keadaan tidak bersih sehingga boleh merebak kuman ke sekolah.

Ibu bapa juga perlu memastikan anak-anak yang menggunakan pelitup muka jenis fabrik wajib membasuhnya setiap hari dan keadaan pelitup itu mestilah sentiasa bersih.

Jangan sesekali mengambil ringan soal pelitup muka ini sama ada kita berkemampuan atau sebaliknya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI