fbpx

9.9 juta orang sudah terima kredit e-Penjana

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Seramai 9.9 juta rakyat Malaysia direkodkan telah menerima kredit berjumlah RM50 setiap orang menerusi inisiatif Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (e-Penjana) setakat 14 Ogos lalu.

Timbalan Menteri Kewangan II, Mohd. Shahar Abdullah berkata, pemberian kredit melalui penyedia perkhidmatan e-Dompet terpilih itu melibatkan peruntukan sebanyak RM495.4 juta.

“Permohonan untuk e-Penjana telah dibuka mulai 31 Julai lalu dan akan ditawar sehingga 24 September 2020.

“Ia boleh digunakan bagi pembelian menerusi penyedia perkhidmatan e-Dompet terpilih seperti Touch n’ Go e Wallet, GrabPay dan Boost sebelum 30 September depan,” katanya pada persidangan Dewan Rakyat di sini tadi.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Wong Shu Qi (PH-Kluang) yang mahu mengetahui jumlah pemohon berjaya menebus e-Tunai sebanyak RM50 setakat 30 Jun 2020. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI