KUALA LUMPUR – AMMB Holdings Bhd. (Kumpulan AmBank) merekodkan pendapatan berjumlah RM1.092 bilion bagi suku pertama (Q1) tahun kewangan semasa yang berakhir pada 31 Mac 2021, pertumbuhan 2.6 peratus berbanding tahun sebelumnya.
Perbelanjaan dikawal baik pada RM538.6 juta, peningkatan sebanyak 1.9 peratus manakala kadar kos kepada pendapatan bertambah kukuh kepada 49.3 peratus berbanding 49.7 peratus setahun lalu.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Ambank, Datuk Sulaiman Mohd. Tahir berkata, beliau berpuas hati dengan prestasi Kumpulan secara keseluruhan, dengan perolehan pada suku pertama melepasi paras RM1 bilion.
Jelasnya, ia disokong pendapatan kukuh daripada perdagangan dan pelaburan, yang telah mengurangkan kesan pemampatan margin keuntungan dan kerugian pengubahsuaian bersih daripada pinjaman serta pendahuluan di bawah moratorium.
“Kami secara aktif berhubung dengan pelanggan sebaik perintah kawalan pergerakan (PKP) dialihkan bagi memahami keperluan kewangan mereka dan menawarkan bantuan.
Beliau berkata demikian dalam kenyataan akhbar yang dikeluarkan di sini semalam.
Impak daripada pelaksanaan moratorium selama enam bulan bermula 1 April lalu, Kumpulan mengalami kehilangan bersih berjumlah RM57.5 juta bagi Q1 2021.
Home » Prestasi AmBank kukuh pada suku pertama
Prestasi AmBank kukuh pada suku pertama
- Oleh KOSMO!
- 26 Ogos 2020, 9:40 pm
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BERITA BERKAITAN
Pelan transformasi EPMB berjaya catat pertumbuhan pendapatan 50 kali ganda
15 April 2024, 9:21 am
Pelajar 17 tahun raih RM20,000 sebulan
15 April 2024, 8:42 am
Nazatul Akmal jual pastri jana pendapatan di kampus
8 April 2024, 8:20 am
Kedah Agro tamat operasi – Sanusi
6 April 2024, 4:16 pm
Perak jadi negeri pertama laksana Webawa
4 April 2024, 3:46 pm
LTAT umum kadar dividen 5 peratus
4 April 2024, 11:46 am
Live 5 minit di TikTok, dapat RM8,500 – Azlee Senario
3 April 2024, 10:04 am
Lebih separuh rakyat Jepun bimbang keadaan kewangan
1 April 2024, 6:00 pm