fbpx
AUNIE BASYERAH mendapat pulangan lumayan sepanjang Ramadan dengan membuat iklan produk di media sosial.

Pelajar 17 tahun raih RM20,000 sebulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Bulan puasa mengundang rezeki melimpah kepada seorang pelajar tingkatan lima apabila memperoleh sehingga RM20,000 dengan mempromosikan barangan berjenama melalui iklan berbayar di media sosial.

Aunie Basyerah Mohd. Azaki, 17, tidak menyangka memperoleh pendapatan sehingga mencecah lima angka ketika sebahagian remaja lain masih bergantung harap kepada ibu bapa mereka.

Ibu merangkap pengurus pe­ribadinya, Aliana Mohd. Zain, 40-an berkata, anaknya menjana pendapatan dengan mengiklankan beberapa produk daripada jenama terkenal seperti pakaian, produk kecantikan dan lain-lain.

“Kita banyak buat video dan gambar pakaian hari raya dan pro­duk kecantikan sepanjang Ra­madan. Bagaimanapun, ia ­hanya dilakukan pada cuti hujung ­minggu memandangkan anak saya masih bersekolah.

“Iklan produk sepanjang hujung minggu Ramadan ini sahaja boleh menjana pendapatan sekitar RM20,000,” katanya kepada Kosmo!.

Menurut Aliana, mereka men­dapat banyak permintaan daripada pengusaha untuk meng­iklankan produk mereka hingga terpaksa ditolak kerana keka­ngan jadual dan persekolahan anaknya.

Tambahnya, ia terpaksa dihadkan memandangkan anak­nya perlu menumpukan perhatian kepada pembelajaran dan tidak mahu mengganggu sesi persekolahan.

“Bukan apa, saya tidak mahu pelajarannya terganggu dan kalau boleh saya nak dia berjaya dalam dua-dua bidang, bukan sahaja dalam bidang paid review, tetapi juga dalam pelajaran,” ujarnya.

Aliana sekeluarga yang menetap di Machang, Kelantan berkata, selain produk pakaian raya, Aunie juga menghasilkan iklan berbayar untuk restoran, platform atas talian dan produk kecantikan.

Ujar Aliana, anaknya mula aktif menghasilkan iklan berbayar ini sejak berusia 13 tahun selepas mempunyai akaun di media sosial.
Sehingga kini, Aunie yang juga salah seorang Instafamous mempunyai lebih 165,000 pengikut di laman Instagram.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN