fbpx

Polis akan rekod keterangan Mohd. Khairuddin di Parlimen malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Polis akan merakam keterangan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali berhubung isu pelanggaran kuarantin selepas pulang dari luar negara awal bulan lalu di Parlimen malam ini.

Bagaimanapun, Timbalan Pengarah (Siasatan/Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Deputi Komisioner Mior Faridalathrash Wahid ketika dihubungi tidak mendedahkan proses merakam keterangan itu akan diadakan pada pukul berapa.

“Proses merekod keterangan menteri (Mohd Khairuddin) akan dilakukan di Parlimen malam ini,”katanya ringkas.

Kosmo! sebelum ini melaporkan, Mohd. Khairuddin tidak mematuhi perintah kuarantin selepas pulang dari lawatan tidak rasmi di Turki pada 3 hingga 7 Julai lalu.

Sebaliknya, Ahli Parlimen Kuala Nerus itu menghadiri persidangan Dewan Rakyat pada 13 Julai.

Bagaimanapun, ujian Covid-19 yang dilakukan sebaik beliau tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur daripada lawatan rasmi itu disahkan negatif.

Dalam pada itu, Kementerian Kesihatan dilaporkan menyerahkan kertas siasatan berhubung isu pelanggaran kuarantin oleh Mohd. Khairuddin kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Mohd Khairuddin dikompaun oleh Kementerian Kesihatan sebanyak RM1,000 atas kesalahan melanggar perintah kuarantin mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1998 (Akta 342). K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI