fbpx

Paksi rancang program tarik semula pengunjung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zulhamzi (kiri) dan Setiausaha PAKSI, Mior Mohd Firdaus (tengah) mengadakan pertemuan dengan pengurusan sebuah hotel yang dijadikan pusat kuarantin di Seri Iskandar.

Oleh SHAARANI ISMAIL

SERI ISKANDAR – Persatuan Usahawan Muslim Seri Iskandar (Paksi) merancang pelbagai program sampingan diadakan di pusat perniagaan Seri Iskandar di sini bagi menarik semula kunjungan orang ramai selepas ia terjejas teruk berikutan sebuah hotel dijadikan pusat kuarantin di kawasan itu.

Ini berikutan jumlah pengunjung turun dengan mendadak kerana kebimbangan mereka dengan pandemik Covid-19 selepas tular gambar dan hantaran negatif yang menakutkan orang ramai berhubung kedudukan pusat kuarantin itu yang terletak di pusat tumpuan orang ramai.

Pengerusinya, Zulhamzi Mokhtar berkata, pihak pengurusan hotel sebenarnya memaklumkan sudah menamatkan kontrak sebagai penyedia lokasi penginapan kuarantin dan langkah itu sudah tentu melegakan banyak pihak.

“Paksi dimaklumkan oleh pengurusan hotel bahawa 30 Ogos adalah tarikh akhir pusat kuarantin berkenaan beroperasi, sekali gus menghilangkan kebimbangan dan kegusaran orang ramai untuk berkunjung ke pusat perniagaan Seri Iskandar.

“Kekurangan pengunjung akan memberi kesan buruk kepada lebih 300 peniaga yang menjalankan perniagaan di kawasan ini.

“Sepanjang lebih dua minggu lalu, peniaga kehilangan pendapatan antara 50 hingga 90 peratus, malah ada yang tidak mampu membayar sewa kerana tiada pengunjung,” katanya yang ditemui selepas mengadakan pertemuan dengan pengurusan hotel berkenaan di sini hari ini.

Beliau berkata, peniaga terpaksa berperang dengan sentimen pengunjung yang takut untuk datang ke pusat perniagaan Seri Iskandar kerana bimbang dijangkiti Covid-19 berikutan pengaruh dan kesan media sosial akibat persepsi salah dan menimbulkan ketakutan pengunjung.

“Justeru pelbagai program yang sebelum ini sudah dirancang termasuk Kempen Melawat Daerah Perak Tengah akan segera dilaksanakan bagi memeriahkan dan merancakkan semula aktiviti perniagaan di kawasan sekitar,” katanya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI