fbpx

Lelaki Perancis bunuh ibu bapa, bekas mertua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR rumah di mana seorang lelaki didakwa membunuh ibu bapanya di bandar Perpignan semalam. - AFP

PARIS – Seorang lelaki Perancis berumur 50 tahun yang menyerah diri kepada polis mengaku membunuh ibu bapa kandung dan bekas ibu serta bapa mertuanya kerana amat bencikan mereka, kata pihak pendakwa raya hari ini.

Lelaki yang merupakan anak tunggal itu berkata, dia membunuh ibu bapanya di bandar Perpignan, selatan Perancis dan bekas mertua di Le Boulou, dekat sempadan Perancis-Sepanyol.

Beberapa pegawai mengesahkan empat mayat ditemui di lokasi yang disebutkan. Suspek menyerah diri kepada polis malam Ahad lepas selepas membunuh mangsa pada hujung minggu, kata pendakwa raya.

“Dia bencikan ibu bapanya kerana mendakwa mereka jahat” kata Timbalan Pendakwa Raya Perpignan, Luc-Andre Lenormand dalam satu kenyataan.

Tambah Lenormand, suspek membunuh dua bekas mertuanya kerana menuduh mereka manipulatif dan jahat seperti syaitan.

“Selama bertahun-tahun suspek menyimpan dendam terhadap mangsa. Kebencian meluap-luap itu menyebabkan dia membunuh mereka pada 22 dan 23 Ogos lepas,” kata kenyataan tersebut tanpa butiran mengenai bagaimana mangsa meninggal dunia.

Suspek yang kini ditahan boleh dihukum penjara seumur hidup. Dia akan disoal siasat sebelum didakwa. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI