fbpx

Koena takut nak memasak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KOENA MITRA

Pelakon Koena Mitra mengakui mengelak daripada memasak sepanjang menjalani perintah berkurung baru-baru ini.

Koena takut memasak kerana bimbang berat badannya naik mendadak memandangkan dia tidak boleh keluar ke gimnasium untuk bersenam.

“Saya hanya membuat hidangan yang mudah dan ringkas seperti salad dan jus buah-buahan kerana saya tinggal seorang diri di Mumbai.

“Saya mengalami masa yang agak sukar ketika perintah berkurung kerana orang gaji saya pulang ke kampung dan semua ahli keluarga saya berada di Kolkata,” ujarnya lagi.

Tambah pelakon Apna Sapna Money Money itu lagi, keadaan rumahnya juga dibiarkan bersepah sepanjang ketiadaan orang gaji kerana dia tidak suka mengemas.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI