fbpx

Jelitawan tenis Rusia cipta kejutan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KUDERMETOVA mahu meneruskan momentum kemenangan dalam usaha meraih kejayaan pada Terbuka Cincinnati ketika ini. – AFP

NEW YORK – Pemain No. 41 dunia, Veronika Kudermetova mencipta kejutan apabila berjaya menyingkirkan pilihan utama, Karolina Pliskova pada saingan Terbuka Cincinnati di Pusat Tenis Kebangsaan, New York awal pagi semalam.

Pemain berusia 23 tahun dari Rusia itu berjaya mencatat kemenangan straight set 7-5, 6-4 ke atas Pliskova yang merupakan penghuni ranking ketiga dunia pada pusingan kedua kejohanan tersebut.

“Saya mahu menikmati perlawanan beraksi di gelanggang menentang pemain pilihan utama. Jadi saya tidak fikir untuk memburu mata kerana saya cuma mahu memberi tentangan terbaik kepada Pliskova dalam perlawanan ini.

“Bagaimanapun, saya tidak jangka dapat menampilkan permainan yang cukup sempurna. Saya gemar bermain perlawanan menentang pemain utama seperti ini kerana ia dapat mengukur tahap sebenar permainan saya.

“Akhirnya saya berjaya meraih kemenangan dan sudah pasti ini adalah satu permulaan yang baik. Saya harap dapat meneruskan momentum kemenangan pada perlawanan sete­rusnya,” kata Kudermetova.

Kejutan lain berlaku dalam kejohanan itu apabila pemain No. 4 dunia yang juga juara Grand Slam Terbuka Australia, Sofia Kenin turut tersingkir awal selepas tewas 1-6, 6-7 (9-7) kepada Alize Cornet dari Perancis.

Sementara itu, pilihan keempat kategori lelaki, Stefanos Tsitsipas cuma mengambil masa 69 minit untuk mara ke pusingan 16 terbaik selepas menewaskan Kevin Anderson 6-1, 6-3. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI