fbpx

12 sekolah bakal sertai FAS School Soccer

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TENGKU Amir Shah (tiga dari kanan) menyerahkan jersi Selangor kepada Burhanuddin sewaktu majlis menandatangani perjanjian antara FAS dengan Les' Copaque Production di Shah Alam hari ini. - SHIDDIEQIIN ZON

SHAH ALAM – Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) menyasarkan sebanyak 12 buah sekolah rendah di seluruh Selangor menyertai program FAS School Soccer tahun ini. 

Setiausaha Agung FAS, Dr. Johan Kamal Hamidon berkata, langkah itu bertujuan mencungkil bakat-bakat baharu daripada peringkat akar umbi demi pembangunan bola sepak Selangor.

Katanya, setakat ini sebanyak enam buah sekolah terlibat dalam program tersebut. 

“Kalau tiada aral, kita akan memulakan semula program ini di sekolah-sekolah pada September depan.

“Ketika ini, kita kena patuh kepada peraturan serta prosedur operasi standard daripada Jabatan Pendidikan Selangor dan Kementerian Pendidikan dalam menangani Covid-19 walaupun saingan Liga Malaysia sudah bermula,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.  

Terdahulu beliau bersama Ketua Pemasaran, Penajaan dan Komersil FAS, Nik Faruk Fadzil mewakili FAS menandatangani perjanjian bersama syarikat animasi terkemuka, Les’ Copaque Production Sdn. Bhd. diwakili Pengarah Kandungan Kreatif, Nur Naquyah Burhanuddin serta Pengurus Pembangunan Jenama, Afzaruddin Burhanuddin. 

Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menyaksikan majlis tersebut yang turut disertai Pengarah Urusan Les’ Copaque, Burhanuddin Mohd. Radzi. 

Johan menambah, Les’ Copaque bersetuju untuk menaja bagi permulaan sebanyak RM120,000 setahun dan pihaknya akan membuktikan dalam menjayakan program tersebut. 

“Kita berharap dalam mengetengahkan dua atau tiga bakat baharu sehingga ke peringkat profesional di negeri ini (Selangor),” jelasnya.. 

Dalam pada itu, Burhanuddin menegaskan, kerjasama tersebut terjalin sejak tahun lalu, namun tergendala disebabkan wabak pandemik Covid-19 sebelum disambung semula tahun ini. 

“Cara kita sebagai pihak swasta adalah melihat KPI (Petunjuk Prestasi Utama) dan semestinya berharap program ini dapat mencungkil bakat-bakat yang mirip dengan kemahiran Allahyarham Mokhtar Dahari,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI