fbpx

Tok Ti kekal berpengaruh di Instagram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Siti Nurhaliza

KUALA LUMPUR – Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza kekal melebarkan pengaruh di laman media sosial Instagram apabila mempunyai jumlah pengikut melebihi 7.8 juta orang.

Ia sekali gus menjadikan pe­lantun lagu Aku Bidadari Syurgamu itu menjadi artis Malaysia yang mempunyai jumlah pengikut paling ramai setakat ini me­ninggalkan beberapa selebriti ta­nah air lain.

Jumlah pengikut figura yang mesra disapa Tok Ti itu turut men­catatkan peningkatan hampir satu juta tahun ini berban­ding hanya 6.9 juta orang pada tahun lalu.

Pengikut Instagram penyanyi dengan akaun @ctdk bukan sa­haja direkodkan dalam kala­ngan rakyat Malaysia, malah turut me­liputi peminat di Indonesia, Si­nga­pura, Brunei dan Filipina.

Berada di tempat kedua pula ialah pengacara dan usahawan, Neelofa dengan jumlah pengikut sebanyak 7.6 juta orang, kurang 200,000 berbanding Tok Ti.

Tahun lalu, Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd. Nor berada di tangga ketiga de­ngan hanya 6.7 juta orang pengikut.

Kedudukan pelawak dan pelakon, Zizan Razak dilihat turun satu anak tangga tahun ini apabila berada di tempat ketiga de­ngan merekodkan sebanyak 7.5 juta pengikut.

Aksi bersahaja dan santai anak kelahiran Terengganu itu memuat naik pelbagai gambar rutin hariannya turut dilihat menjadi faktor utama kepada peningkatan jumlah pengikutnya.

Pelakon Nora Danish turut ti­dak ketinggalan menjadi antara artis Malaysia mempunyai pe­ngi­kut Instagram paling ramai apabila berada di kedudukan ke­empat.

Jumlah pengikut pelakon sitcom Puteri itu turut bertambah sebanyak 700,000 orang pada tahun ini sekali gus menjadikan angka keseluruhan pengikutnya sebanyak 7.1 juta.

Selain itu, pelakon Mira Filzah turut berada pada kedudukan kelima dengan mencatatkan se­­ba­nyak 6.6 juta orang selain Janna Nick dengan enam juta pengikut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI