fbpx

Salur maklumat bukan subahat seludup PATI

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suee Lim.

Oleh MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS

SHAH ALAM- Masyarakat serta nelayan di sekitar kawasan Sekinchan diminta memberikan maklumat kepada pihak berkuasa sekiranya mengesyaki berlakunya aktiviti penyeludupan pendatang asing tanpa asing (PATI) di kawasan itu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekinchan, Ng Suee Lim berkata, maklumat daripada dua pihak tersebut amat penting kepada pihak berkuasa dalam membendung kegiatan berkenaan daripada terus berlaku di kawasan Sekinchan.

“Saya ambil maklum mengenai tangkapan pihak berkuasa terhadap 28 PATI di perairan Sekinchan dalam satu operasi, baru-baru ini.

“Jadi saya harap orang ramai dan nelayan di Sekinchan, Sabak Bernam dan Sungai Besar dapat memberikan maklumat kepada pihak berkuasa sekiranya mengesyaki berlakunya aktiviti penyeludupan di kawasan mereka,” katanya dalam sidang akhbar program Ahli Dewan Negeri (ADUN) Selangor Virtual 2020, di pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor, di sini hari ini.

Beliau yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor berharap para nelayan di kawasan sama supaya tidak terlibat dengan menjadi ahli sindiket kumpulan berkenaan atau bersubahat dengan kumpulan itu.

“Mereka mempunyai tanggungjawab menjaga perairan negara daripada ditembusi oleh warga asing yang cuba memasuki negara ini melalui laluan perairan.

Kosmo! Online sebelum ini melaporkan seramai 28 PATI termasuk tekong ditahan selepas diseludup masuk menggunakan bot nelayan tempatan dalam Ops Benteng di Perairan Sekinchan, Rabu lalu.

Turut dirampas dalam operasi tersebut adalah tujuh buah bot bernilai RM4.2 juta. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI