fbpx

Polis ditahan cuba samun wanita China

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar seorang wanita ditarik oleh sekumpulan lelaki.

AMPANG JAYA – Seorang anggota polis ditahan kerana menyamun secara berkumpulan seorang jurujual wanita warganegara China di Jalan Perdana 3/10, Pandan Perdana di sini petang semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Superintendan Mohd. Azam Ismail berkata, dalam kejadian pukul 7 petang itu, mangsa didatangi tiga orang suspek disyaki warga tempatan yang memperkenalkan diri sebagai anggota polis ketika dia sedang minum di sebuah kedai bersama rakannya.

“Suspek telah bertindak memegang kedua-dua belah tangan mangsa dan kemudian menariknya ke kawasan letak kereta.

“Mangsa menjerit meminta tolong dan orang awam memberi bantuan kepadanya. Dua suspek melarikan diri manakala seorang suspek warga tempatan berumur 46 tahun yang bekerja sebagai polis berjaya ditangkap,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, mangsa mengalami kerugian wang tunai lebih kurang RM5,000 dan barangan peralatan solekan wanita, namun tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Usaha mengesan dan menangkap dua suspek yang telah dikenal pasti masih dijalankan,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan iaitu samun berkumpulan dan sabit kesalahan boleh dipenjara selama 20 tahun dan dikenakan sebatan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI