fbpx

Jessica Simpson takut tua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JESSICA SIMPSON

Penyanyi Jessica Simpson mengakui berasa panik apabila menyedari usianya pada tahun ini telah genap 40 tahun.

Kata Simpson, dia tidak tahu bahawa pertambahan umur akan memberikan makna yang besar kepadanya sehinggalah apabila berusia 40 tahun.

“Melangkah ke usia ini memang menakutkan kerana saya perlu melihat kehidupan dari sudut berbeza.

“Rasanya seperti satu transisi besar meninggalkan zaman 30-an di belakang, namun apabila saya menerima hakikat, ternyata umur sekadar angka,” jelasnya.

Meskipun sudah berusia 40 tahun, pelantun lagu Irresistible itu mahu terus mengekalkan jiwa muda.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI