fbpx

Langkah mencabar diri Daena Hans

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Daena Hans meletakkan figura ternama Neelofa antara idola untuk dirinya

Gadis manis, Izzati Irdina Thein Han Jeff, 21, atau lebih dikenali sebagai Daena Hans di Instagram mahu mengukuhkan lagi nama­nya dengan menjadi usahawan online suatu hari nanti.

Tidak bersandar paras rupa semata-mata, Daena Hans yang mempunyai pengikut le­bih 50,000 di Instagram mahu menceburi bidang lakonan dan fesyen muslimah.

Anak sulung daripada tujuh beradik yang berdarah kacukan Melayu, Jawa, Pakistan dan Thailand ini mengidamkan untuk membina jenama sendiri pada suatu hari nanti dan meletakkan figura ternama Neelofa antara idola untuk dirinya.

Mula dikenali menerusi lakonan pendek di YouTube, Daena Hans enggan menoleh ke belakang dan bersedia melebarkan sayapnya ke bidang lakonan sebenar. Menjadi anak sulung daripada tujuh beradik juga bukan tugas mudah. Sentiasa menjadi inspirasi buat adik-adiknya, Daena Hans nekad mengejar impiannya.

 

Kosmo! Ahad: Bagaimana akaun Instagram boleh dikenali dan diikuti ramai?

Daena Hans: Saya mendapat tawaran daripada seorang rakan yang merupakan YouTuber, ­Syamim Hasni untuk berlakon filem pendek bersama.Bermula daripada momen itu, Instagram saya mula dikenali ramai. Jadi saya berterima kasih kepadanya kerana mempercayai dan memberi peluang kepada saya untuk berlakon bersama YouTuber lain.

 

Apa yang selalu dikongsi dengan pengikut di Instagram?

Saya sering berkongsi gambar-gambar sewaktu melancong ke lokasi-lokasi menarik. Malah ada ketika saya menyertai program derma atau memberikan sumbangan kepada golongan yang memerlukan.

 

Dengarnya Daena Hans pernah menjadi bakat untuk aplikasi?

Ya, saya terpilih untuk berlakon iklan aplikasi Omi bersama rakan-rakan yang lain. Alhamdulillah, saya sebagai orang baharu dalam bidang ini beruntung ke­rana dapat bekerja dengan orang-orang yang lebih terkedepan dalam bidang ini. Peluang ini memberi pengalaman berharga buat diri saya.

 

 

Daena Hans seorang yang bertudung, bagaimana penerimaan orang ramai?

Alhamdulillah, bagi saya bertudung bukanlah satu penghalang untuk seseorang berjaya dalam bidang ini. Ramai mereka yang berpengaruh di laman sosial dan artis yang bertudung berjaya sebagai contohnya, Neelofa dan Mira Filzah.

 

Adakah sukar untuk menjadi model iklan bagi wanita bertudung?

Sebenarnya sama sekali tidak sukar, mereka yang bertudung juga turut mempunyai pasaran yang tersendiri kini. Yang penting ialah kita kena mempu­nyai sikap percaya diri yang tinggi serta ­yakin dengan rezeki Allah. Lagi-lagi jika menjaga sya­riat-Nya.

 

Bagaimana Daena Hans gunakan platform media sosial untuk mempengaruhi orang lain?

Saya hanya post yang baik-baik serta memberikan contoh yang baik kepada pengikut saya. Apa yang penting bagi saya ialah menjaga maruah diri selain mempengaruhi orang lain untuk membuat kebaikan juga.

 

Pernah diganggu di laman sosial?

Semestinya pernah, malah paling teruk apabila saya diganggu secara seksual oleh seorang lelaki. Pe­rasaan ketika itu agak cemas dan bi­ngung bagaimana saya yang bertudung pun diganggu secara seksual begitu. Perkara itu membuatkan saya berhati-hati dalam membuat posting di laman ­Instagram.

 

Siapa idola dalam hidup dan kenapa?

Saya mempunyai tiga idola dalam hidup, yang pertama ialah ibu saya, Idawati Sahir yang saya anggap sebagai seorang wanita yang ­paling kuat dan tabah. Kedua ialah ibu saudara saya, Norfazilah Sahir yang merupakan wartawan penyiaran TV3. Dia banyak memberi inspirasi kepada saya dalam bidang ini. Ketiga pula ialah selebriti Neelofa yang menjadi ikon wanita be­kerjaya, dan paling pen­ting dia me­ngutamakan ibu dan keluarga dalam apa juga kea­daan.

 

Perancangan dan impian masa depan?

Saya impikan untuk berjaya dalam bidang ini sekali gus memberikan sumbangan kembali kepada masyarakat suatu hari kelak. Dalam mencapai impian itu saya perlu bekerja lebih kuat.

 

Nasihat kepada yang ingin menjadi ­Instafamous?

Saya memegang ­prinsip agar sentiasa menjadi diri sendiri dan tidak berpura-pura.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI