fbpx

Kelibat anak hilang atas pokok buluh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SOROTAN klip video memaparkan ibu lelaki berkenaan (tengah) memanggil anaknya sambil menunjuk ke arah pokok buluh. – YOUTUBE

JAKARTA – Seorang ibu mendakwa melihat kelibat anaknya di atas pokok buluh ketika anggota penyelamat dan penduduk setempat mencari mangsa yang dilaporkan hilang semasa mandi di Sungai Grogolyudan, Kabupaten Magelang, Jawa Tengah pada Rabu lalu, lapor sebuah portal berita.

Berdasarkan klip video yang dimuat naik di laman Instagram, wanita tersebut memanggil anaknya, Eksan Aji Saputra, 30, sambil tangannya menunjuk ke arah rimbunan pokok buluh, namun mangsa tidak dapat dilihat oleh anggota penyelamat serta orang awam.

Dia turut merayu kepada Eksan supaya turun dari pokok buluh tersebut.

Ketua Agensi Pengurusan Bencana Daerah (BPBD) Magelang, Edy Susanto berkata, mangsa disedari hilang selepas penduduk setempat menemui pakaiannya di tepi sungai.’

“Ibu bapa Eksan cuba meng­hubungi telefon bimbitnya, namun panggilan mereka tidak dijawab. Mereka kemudian meng­hubungi pihak polis.

“Petugas agensi mencari dan menyelamat tempatan dikerahkan ke tempat kejadian untuk mencari mangsa di kawasan sepanjang tebing sungai,” kata Edy.

Sementara itu, Ketua Agensi Mencari dan Menyelamat Kebangsaan Semarang, Nur Yahya berkata, paras air sungai sangat cetek dan anggota penyelamat menolak kemungkinan mangsa hanyut dibawa arus sungai.

“Mangsa akhirnya ditemui oleh anggota penyelamat dan penduduk setempat pada malam hari yang sama dalam keadaan lemah di kawasan berdekatan.

“Dia tidak berpakaian ketika anggota kami menemuinya.

“Mangsa telah dihantar pulang ke rumah orang tuanya,” kata Nur Yahya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI