fbpx

10 kes baharu Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

Oleh SITI A’ISYAH SUKAIMI

PUTRAJAYA – Sebanyak 10 kes baharu positif Covid-19 dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kes positif sebanyak 9,267 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah kes hari ini, lapan adalah kes import termasuk Kluster Alam manakala dua kes penularan tempatan membabitkan Kluster Tawar.

“Kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara iaitu dari Jepun (Kluster Alam), Indonesia, Maldives dan Mexico membabitkan tiga warganegara dan lima warga asing.

“Terdapat tiga kes dilaporkan daripada Kluster Alam di Sarawak menjadikan tujuh kes dikesan positif Covid-19 bagi kluster tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, kes penularan tempatan membabitkan dua kes daripada Kluster Tawar menjadikan jumlah kes dikesan positif Covid-19 bagi kluster itu sebanyak 65 kes.

Menurut Noor Hisham, sebanyak 10 kes telah pulih Covid-19 hari ini, sembilan kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan empat kes memerlukan bantuan pernafasan manakala tiada kes kematian dilaporkan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI