fbpx

Harga pelitup muka bukan perubatan bakal turun lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rosol merasmikan Persidangan Bersatu Bahagian Hulu Terengganu pertama di Kuala Berang, Hulu Terengganu hari ini.

Oleh NOOR HAYATI MAMAT

HULU TERENGGANU – Harga pelitup muka bukan perubatan yang ditetapkan pada kadar RM1 sekeping pada masa ini mungkin akan diturunkan lagi tidak lama lagi.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid berkata, RM1 sekeping yang ditetapkan kerajaan sekarang sebenarnya harga untuk pelitup muka perubatan.

Beliau berkata, kos pembuatan pelitup muka biasa bukan perubatan yang turut dijual pada harga RM1 pada waktu ini sebenarnya lebih murah.

“Kita dimaklumkan Kementerian Kesihatan terdapat dua jenis pelitup muka iaitu biasa dan kategori perubatan yang diguna pakai pengamal perubatan.

“Sekarang kedua-dua jenis pelitup muka itu dikawal pada harga sama iaitu RM1 sekeping sedang kan saya difahamkan pelitup kategori biasa sepatutnya lebih murah,” katanya selepas mempengerusikan Persidangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Hulu Terengganu yang pertama di sini hari ini.

Sehubungan itu Rosol memberitahu, kerajaan sedang mengkaji untuk menetapkan harga siling berbeza bagi pelitup muka biasa dan perubatan pada masa terdekat.

Menurut beliau, harga pelitup muka biasa dijangka akan lebih murah lagi pada masa depan dan ia secara tidak langsung merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban rakyat. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI