fbpx

Gaun kuning Siti Nurhaliza hilang?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gaun kuning yang dipakai Siti Nurhaliza semasa fotografi mempromosi album Manifestasiti2020.

Minggu lalu muncul sebuah drama parodi yang memaparkan babak popular daripada drama terkenal 7 Hari Mencintaiku 2.

Setiap pelakon drama parodi itu memegang watak utama drama kegemaran ramai itu seperti Dr. Khuzairi, Mia Adriana dan Mak Leha.

 

Aksi gaun kuning pelakon dalam video parodi 7HM2.

 

Lebih menggeletek hati, salah seorang pelakonnya memakai gaun kuning persis penyanyi asal lagu tema drama berkenaan iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Aksinya menyanyi lagu Aku Bidadari Syurgamu sambil mengibas gaun kuningnya itu bukan sahaja mencuit hati netizen malah mendapat perhatian Siti.
Siti yang mengulang kicau ciapan tersebut turut meninggalkan komen: “Patut dres kuning saya hilang,”.

Ciapan penyanyi nombor satu negara itu telah mendapat lebih 28,300 tanda suka dan 22,700 ulang kicau oleh pengguna Twitter.

Terdahulu, Siti pernah melakukan sesi fotografi dengan sepasang memakai gaun kuning bagi mempromosikan album baharunya, Manifesta SITI 2020.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI