fbpx

Bersatu Gopeng masih kukuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad (duduk tiga dari kanan) bersama barisan kepimpinan yang hadir pada Persidangan Perwakilan Bahagian Gopeng Kali Pertama di Hotel Seri Malaysia Ipoh hari ini.

Oleh ZAKI SALLEH

IPOH – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Gopeng masih kukuh dan tidak terjejas walaupun terdapat beberapa ahlinya bertindak keluar parti kononnya kerana hilang kepercayaan baru-baru ini.

Ketua Bahagian Bersatu Gopeng, Ahmad Ishak berkata, mereka yang mengumumkan keluar parti juga hanyalah individu dan bukan keseluruhan Bahagian Bersatu Gopeng.

Menurut beliau, sehingga kini tiada mana-mana pun cawangan Bersatu Bahagian Gopeng yang dibubarkan sepertimana didakwa individu yang bertindak keluar parti.

“Tindakan segelintir individu yang mengumumkan tindakan keluar parti tidak menjejaskan parti dan tidak mempengaruhi ahli secara keseluruhan.

“Buktinya, wakil-wakil daripada kesemua 18 cawangan hadir pada Persidangan Perwakilan Bahagian Gopeng Kali Pertama pada hari ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan itu yang diadakan di Hotel Seri Malaysia di sini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan beberapa ahli bahagian itu yang bertindak keluar parti sepertimana dilaporkan media termasuk pembubaran lima daripada 18 cawangan.

Mengulas lanjut katanya, cawangan yang didakwa terbubar iaitu Desa Pelancongan, Kampung Sengat, Pekan Razaki, Gunung Rapat Utara dan Desa Pakatan sebenarnya tidak terjejas.

“Kita menghormati keputusan bekas ahli yang keluar, cuma membuat dakwaan kononnya Bahagian Bersatu Gopeng pincang adalah tindakan yang berniat jahat.

“Bersatu Bahagian Gopeng tetap berdiri teguh kepada kepimpinan sedia ada pada peringkat negeri dan pusat yang diterajui oleh Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI